Sunday, March 14, 2010

TOP 10 Kereta-Kereta Paling Mahal Di Dunia

Dalam pikiran korang,kete ape yg paling mahal dlam dunia nie?Proton Waja?Kancil,BMW M6?Semuanya tidak tepat..Bugatti Royale Kellner Coupe yang dihasilkan pada tahun 1931 merupakan kereta yang paling mahal pernah dijual di dunia..Berharga $8,700,000 iaitu RM28,721,300 telah dibeli pada tahun 1987 oleh jutawan yang terlampau banyak wang(dah nama jutawan) yang tak tahu nk buat apa lagi dengan wang tersebut..Walaubagaimanapun,kereta ini tidak termasuk di dalam list kerana kereta ini sudah tidak diproducekan lagi dan memang payah hendak mencari di kedai-kedai kopi kereta..Kalau ada pun,xkan korang nk beli kan?baik sedekah kat member-member kita yg lebih memerlukan daripada membazir membeli kereta ini..Disini,Fizi akan listkan senarai-senarai"TOP 10 Kereta Paling Mahal Di Dunia"
1.Buggati Veyron RM5,612,210 Menduduki tempat pertama dicarta,keunggulan syarikat Buggati tidak dapat disangkal lagi dalam pembikinan kereta..Mendapat nama kereta yang paling pantas,kereta ini mampu memecut dari 0km/h-96.56km/h dalam masa 2.6 saat sahaja..Walaubagaimanapun,dengan kelajuan maksima 407km/h,kereta ini hanya layak mendapat tempat ke dua berbanding SSC Ultimate Aero yang mampu mencapai  413.60km/h..Tetapi,kereta SSC Ultimate Aero gagal mendapat tempat pertama dalam carta kerana kereta ini hanyalah separuh dari harga pembikinan kereta Buggati Veyron..Terdapat beberapa pekara yang menarik tentang kereta ini,namun yang paling menjadi sebutan ialah,'spoilernya' akan keluar dan menghadang angin supaya dapat memperlahankan kenderaan ketika ingin berhenti atau selepas memecut..Namun begitu,dengan harganya mencecah RM5juta,semua orang akan berfikir 2 kali apabila ingin membelinya..Harga yang ditunjukkan itu belum termasuk dengan cukai-cukai yang terpaksa dibayar..Melainkan anda anak raja yang tidak dikenakan cukai jalan dan memang duit dah bertimbun..
2.Lamborghini Reventon RM5,282,080 Kereta yang dihasilkan oleh syarikat Lamborghini dan merupakan kereta yang paling mahal pernah dihasilkan oleh meraka..Kereta ini memerlukan 3.3 saat sahaja untuk mencapai 96.56km/h dan memiliki kelajuan maksima iaitu  339.57km/h..Dengan hanya 20 buah sahaja yang dihasilkan,dan rekaannya yang slick,inilah sebabnya kereta ini mampu menduduki tempat yang kedua dlam carta ini..
 
3.McLaren F1 RM3,202,260 Pada tahun 1994,kereta ini merupakan yang terpantas dan termahal..Walaupun dihasilkan 16tahun yang lepas,kereta ini memiliki kelajuan yang menakjubkan iaitu  386.24km/h dan mampu memecut dari 0-96.56km/h hanya 3.2saat..Pencapaian yang tersangat baik oleh syarikat pembuatan kereta walaupun sudah menjangkau lebih 16 tahun..

4.Ferrari Enzo RM2,211,870 Merupakan kereta yang paling dikenali di dunia.Mempunyai kelajuan maksima 349.23km/h mampu memecut dari 0-96.56km/h hanya 3.4 saat sahaja..Hanya 400 buah sahaja yang dijual dan setakat ini di Malaysia,anak Dr.Mahathir dan beberapa orang lagi di Malaysia sudahpun membeli kereta ini.Ini membuktikan rakyat di negara kita sudah mampu untuk membeli kereta buatan negara maju dan yang paling penting menduduki carta ke4 kereta termahal.Sebagai rakyat Malaysia,kita haruslah berbangga dengan mereka semua nie.Meskipun bukan kita yang membelinya,jika rakyat kita mampu untuk membelinya,sudahpun membuatkan saya ataupun anda merasa bangga dengan mereka..

 5.Pagani Zonda C12 F RM2,203,030 Dihasilkan oleh syarikat kecil yang independent di Italy,Pagani Zonda berjaya menduduki tempat yang ke 5 terpantas dan termahal di dunia.Kereta ini menjanjikan kelajuan maksima selaju  346.01km/h dan pecutan dari 0-96.56km/h hanya dalam 3.5saat sahaja..Di Malaysia setakat ini,hanya 2 insan sahaja yang memiliki kenderaan ini,iaitu Datuk Mokhzani Mahathir dan Tengku Muda Johor.


6.SSC Ultimate Aero RM2,160,370 Jangan biarkan harga kereta ini menyelubungi misteri kekeliruan anda..Kereta yang menduduki tempat ke 6 ini sebenarnya adalah yang terpantas di dunia dengan kelajuan  413.60km/h ++
dan mampu memecut 0-96.56km/h hanya 2.7saat..Walaupun kos pembikinan kereta ini hanyalah separuh daripada kos pembikinan kereta termahal,namun kekuatan dan kelajuan kereta ini dapat menandingi kereta yang termahal di dunia..Untuk pengetahuan anda,hanya terdapat 25 buah sahaja yang dihasilkan dan jika anda merupakan pemiliknya,tahniah untuk anda kerana mampu membeli kereta idaman semua pria..


7.Saleen S7 Twin Turbo RM1,832,220 Kereta supercar oleh syarikat American
yang menduduki tempat ke-3 terpantas di dunia dengan kelajuan yang mampu mencecah  399.12 km/h dan mampu memecut ke  96.56km/h hanya mengambil masa 3.2saat sahaja..

8.Koenigsegg CCX RM1,801,080 Pembinaan oleh syarikat Sweeden,syarikat ini berkerja keras untuk menghasilkan kenderaan ini supaya dapat menjadi kereta yang terpantas di dunia.Walaubagaimanapun,kereta ini hanya mampu menduduki tempat ke-4 di dunia dengan kelajuan maksimun iaitu  394.29km/h..Diharapkan syarikat ini tidak akan berputus asa dan akan terus berusaha untuk mencipta kereta yang terpantas di dunia..

9.Mercedes Benz SLR McLaren Roadster RM1,634,140 Merupakan supercar GT,kereta ini merupakan kereta automatic yang terpantas di dunia dengan kelajuan  331.52km/h++ dan mampu memecut dari 0 km/h ke 96.56km/h dlam hanya 3.8 saat sahaja..Kereta mewah yang mempunyai enjin yang hebat dan akan menghasilkan kereta yang penuh gaya dan kelajuan..


10.Porsche Carrera GT RM1,452,570 Supercar yang mempunyai kestabilan dinamic dan kelajuan maksimun yang mampu mencecah sehingga  329.92km/h
dan hanya mengambil masa 3.9 saat untuk mencecah  96.56km/h..

Menduduki Tangga Yang Ke tidak dapat dipastikan merupakan kereta yang sangatlah 'rare' dan dibuktikan hanya terdapat 1 sahaja di dunia..

-



-



-



-


-

hehe..saje nk hiburkan anda sbb letih gak kan baca panjang2.. =]

0 comments:

Post a Comment